Salahkah bersekolah di
sekolah aliran agama???
Salam Jumaat
kepada semua. Mungkin agak kasar tajuk entri saya pada hari ini. Haha..jangan
salah faham..saya cuma ingin kongsikan sedikit pengalaman saya menghantar
anak bersekolah di sekolah aliran agama walaupun ianya hanyalah prasekolah.
Anak sulung
saya mula bersekolah pada usia 4tahun di PASTI. Tetapi pada tahun ini saya dan
suami sepakat untuk menghantar Darwisy PPQI. Untuk memastikan Darwisy mendapat didikan agama secara
lebih mendalam tanpa ketinggalan dalam ilmu akademik.
Sesi persekolahan di
PPQI adalah berbeza dengan sesi persekolahan kementerian pelajaran Malaysia.
Disaat kawan-kawan masih bercuti Darwisy telah memulakan sesi persekolah bagi tahun
2014 pada 10 Disember 2013. Bukan itu sahaja, cuti persekolahan pun berbeza. Sekiranya
cuti sekolah 1 minggu, Darwisy hanyalah bercuti 2@3 hari. Tapi ini bukanlah
masalah bagi kami.
Mungkin pembaca
ingin tahu, apa itu PPQI. PPQI adalah Pusat Pendidikan Al-Quran Al-Itqaan yang
terletak di Taman Nirwana Ampang. Ianya adalah sebuah pusat tahfiz yang bermula
dari prasekolah sehinggalah ke peringkat menengah. Di sini semua pelajaran
akademik diajar bagi memastikan semua pelajar dapat menguasainya baik
Keputusan kami
menghantar Darwisy ke sini mengundang pelbagai persoalan dan tanggapan semua
orang disekeliling. Salahkah kami mahukan anak-anak mengenai ALLAH terlebih
dahulu daripada segala-galanya???tidak boleh berjayakah seseorang itu apabila
bersekolah di sekolah aliran agama???
Di era serba moden
ini saya beranggapan semua orang lebih berfikiran terbuka…rupa-rupa tidak. Masih
ada yang beranggapan sekolah di sekolah agama hanyalah belajar Al-Quran dan
ketinggalan subjek akademik. Walaupun kami
dihujani dengan pelbagai tanggapan..itu tidak mematahkan semangat saya untuk melihat
Darwisy dan adiknya menguasai dan beramal dengan Al-Quran.
Walaupun baru
sebulan bersekolah..banyak yang dapat dipelajari oleh Darwisy disini. Jika dulu
Darwisy tidak pernah solat Zohor dan Asar, tapi kini semua itu berjaya dilakukan
walaupun ianya tidaklah sempurna tapi sudah cukup membanggakan saya.
Bagi saya cukuplah anak-anak
berjaya dalam urusan agamanya. Mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi
kehidupan akhir zaman. Hanya takutkan ALLAH berbanding dengan semuanya. Kerana sikap
takut pada ALLAH itu akan menyelamatkan kita dari hanyut.
Sejujurnya saya
amatlah takut dengan dunia sekarang. Di sekeliling saya, berapa ramai yang tahu
agama tapi tidak mengamalkannya. Berapa ramai mereka yang berpuasa tapi tidak sujud
kepada ALLAH. Semua itu berlaku kepada hilangnya rasa takut pada ALLAH.
Moga kita semua sentiasa
berada dalam rahmati ALLAH. Doakan saya dan suami diberi kekuatan mendidik anak-anak menuju ke syurga
dan dapat teruskan impian kami melihat Darwisy dan Danish berjaya menghafal
Al-Quran dalam usia yang muda. Walau apa jua kata orang…kami tetap akan
sekolahkan anak-anak di sekolah agama. Walaupun bersekolah di sekolah agama itu tidak bermakna
tugas kami sebagai ibubapa telah terlaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan