Kelas Asas Membuat Blog : Dari kaca
mata saya
Hari ini
merupakan hari kedua sesi persekolahan pada tahun 2014. Belum terlewat rasanya
untuk saya mengucapkan selamat tahun baru. Pertambahan tahun ini bermakna usia
kita juga bertambah. Mogo tahun ini kita semua menjadi seorang hamba ALLAH yang
lebih baik dari semalam. Moga amalan kita makin bertambah dan kita berubah ke arah
yang lebih baik. InsyaALLAH.
Sesungguhnya
perancangan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita dan kita sebagai hambaNYA
haruslah berusah untuk mencapai apa yang dirancang dan berserahlah kepadaNYA.
Saya merancang untuk selesaikan semua tugasan dalam kelas Belajar Asas
Blog bersama cikgu Anys sebelum tahun
2014 menjelma. Tetapi malangnya saya tidak dapat selesaikan semua tugasan
tersebut seperti yang dirancang. Moga saya terus diberi kekuatan untuk
selesaikan semua tugasan ini.
Sesungguhnya
saya tidak pernah terduga untuk menyertai kelas ini. Tapi itulah yang telah
tersurat untuk saya. Perkenalan saya dengan cikgu Anys Idayu Zakaria adalah
dirancang oleh ALLAH. Saya mengenali cikgu Anys di blog Akedemik bekerja di
rumah. Blog ini amat menarik minat saya kerana perkataan bekerja di rumah sungguh dekat dengan hati saya. Sebab itulah
impian saya…bekerja dari rumah…mogo impian ini di makbulkan oleh ALLAH.
Impian saya
untuk membuat blog kerana saya begitu teruja untuk memulakan bisnes Shaklee bagi
membolehkan saya mencapai impian saya untuk bekerja dari rumah. Di kelas asas
membuat blog ini saya diajar tentang cara-cara untuk membina blog bermula dari
awal sehingga saya berjaya menghasilkan blog walaupun saya bukanlah seorang
yang mahir IT. Teknik-teknik yang
digunakan amatlah mudah difahami. Sekiranya terdapat persoalan, saya boleh
menghubungi cikgu Anys pada bila-bila masa. Cikgu Anys adalah seorang yang
mudah mesra dan sabar melayani setiap pertanyaan saya.
Kelas ini
amatlah mesra kelurga…kerana saya tidak perlu keluar tinggalkan keluarga untuk
hadir ke kelas…cukup sekadar luangkan sedikit masa di depan PC. Segalanya dilakukan
secara dalam talian. Sungguh mudah. Tidak dinafikan, untuk membina satu blog
kita boleh belajar sendiri berpandukan internet, tetapi belajar tanpa guru
amatlah berlainan dengan belajar dengan seorang guru yang mahir. Dengan adanya
seorang guru kita dapat menghasilkan satu blog yang menarik dan dapat
bertukar-tukar pandangan.
Kata kunci
penting yang diajar oleh cikgu Anys adalah gunakan nama penuh sendiri seperti yang tertera di IC untuk hasilkan blog
dan email bagi memudahkan proses penjenamaan diri. Kepada semua yang ingin
membina blog untuk perniagaan ataupun sekadar untuk berkongsi ilmu, bolehlah
berhubungi n cikgu Anys. Percayalah anda tidak akan rugi mempelajarinya. Semoga
ilmu yang kita ada dapat dikongsikan dengan orang yang memerlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan