Sabtu, 11 Januari 2014

Pengalaman di Perpustakaan Negara


Sepetang di Perpustakaan Negara

Hari minggu adalah hari yang amat dinantikan oleh saya sekeluarga. Setiap hari Darwisy pasti akan bertanyakan pada saya dan abahnya, adakah esok ibu dan abah bekerja. Sayu hati bila soalan itu keluar dari mulut kecil itu. Tapi itulah hakikat yang harus saya hadapi sekarang.

Pada hari minggu sebegini, Darwisylah yang mengatur jadual ke mana arah tujuan kami sekeluarga. Haha..sudah pasti tempat-tempat “istimewa” baginya yang akan diutarakan pada saya. Seperti kanak-kanak lagi tempat yang paling suka dikunjungi adalah tempat yang terdapat banyak pilihan mainan untuknya.

Seperti biasa, apa saja permainan yang dilihat pasti dia ingin membelinya. Semasa kami berkunjung di Ekspo Barangan Bayi ada satu permainan LEGO yang menarik perhatian Darwisy tetapi permintaanya tidak dipenuhi oleh Abahnya. Anak bertuah itu menerima keputusan abahnya dengan wajah masam mencuka..hahaha..memang itulah perangai anak sulung saya itu. Dia tidak akan membantah apa yang dikatakan oleh abahnya dan tak pernah putus asa untuk menujuk abahnya untuk penuhi apa jua yang diinginkan.

Oleh kerana tidak mendapat LEGO tersebut, Darwisy mula mengajak abahnya pergi ke perpustakaan pula dan kali ini Darwisy berjaya. Ini merupakan kunjungan pertama buat saya dan suami ke Perpustakaan Negara walaupun setiap hari kami akan lalu di depan pustakaan ini untuk ke pejabat.

Darwisy dan Danish kelihatan begitu teruja apabila melangkah masuk ke dalam pustakaan kanak-kanak. Mereka seolah-oleh berada di tempat permainan. Berkejaran mencari buku sambil bermain dan membuat bising, tapi nasib baiklah pustakaan ini memang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Kunjungan kami ke perpustakaan ini membuatkan Darwisy begitu teruja untuk terus belajar dan menyedarkan saya bahawa ini adalah satu cara pembelajaran yang baik untuk anak-anak saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan