Rabu, 4 Disember 2013

Salam Ukhwah



Salam Ukhwah

 

Alhamdulillah bersyukur kepadaNYA kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan kisah saya disini. Saya dilahirkan dan dibesar di negeri penyu bertelur iaitu Terengganu. Mendapat pendidikan awal dan menengah di negeri kelahiran seterusnya menyambung pelajaran di negeri Pahang. Nasib menyebelahi saya, tak kala tamatnya pengajian saya terus mendapat tawaran untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.


Penempatan saya yang pertama adalah dinegeri jelapang padi. Di sini saya mula pelajari erti sebuah kehidupan berdikari. Hidup diperantauan tanpa keluarga di sisi membuatkan saya menjadi seorang yang tabah dan cekal dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran.


Dengan ketentuanNYA,saya bertemu jodoh dengan lelaki pilihan hati dan kami disatukan pada tahun 2008. Alhamdulillah kini saya dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang lebih berharga dari segala-galanya di dunia ini.


Membesarkan anak-anak sendiri merupakan satu impian yang ingin saya kecapi. Kerana mereka jugalah saya mula pelajari asas membuat blog sebagai satu permulaan untuk saya melangkah lebih jauh kehadapan.


Semoga ALLAH merestui impian dan permudahkan segala urusan saya. INSYAALLAH.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan