Memaparkan catatan dengan label Utama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Utama. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Januari 2014

Mengapa saya memilih Shaklee


Mengapa saya memilih Shaklee

Saya mula kenali Shaklee pada zaman persekolahan, tetapi tidak pernah mencuba apa-apa produk Shaklee. Semasa mengandung anak ke dua, saya mula mencari set berpantang dalam bentuk supplement dan makanan sunnah untuk saya cuba kerana saya cukup fobia dengan pengalaman berpantang anak pertama dengan menggunakan Jamu. Nanti saya akan ceritakan pengalaman berpantang menggunakan Jamu dan Supplement dengan lebih mendalam.
Hasil pencarian saya dengan Mr.google, saya ketemui set berpantang Shaklee yang berjaya memikat hati saya kerana produk Shaklee adalah HALAL dan jaminan produk Shaklee iaitu sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang jaminan produk Shaklee.

·         Sentiasa Selamat

Keselamatan adalah amat penting di Shaklee dan standard kami tiada bandingannya. Shaklee menjalankan sebanyak lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk pencemaran berbehaya, dan menjalankan lebih daripada 80,000 ujuian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan sebenar dan kebolehan potensi.

·         Sentiasa Berkesan

Shaklee bertanggungjawab dalam menberikan produk yang berkesan. Ia terbukti berksan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.

·         Sentiasa Mesra Alam

Selama lebih daripada 50 tahun Shaklee telah menjadi peneraju dalam pererakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di duniayang diiktiraf sebagai Climate NeutralTM bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, runah anda dan juga bumi anda.

Jumaat, 6 Disember 2013

Shaklee


Shaklee Corporation


Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik.


Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung. Pelanggan dan pengedar setia telah memberi sokongan padu terhadap syarikat selama lebih 50 tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang kukuh, di samping lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia, Shaklee beroperasi di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, China dan Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang ahli di seluruh dunia. Produk Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu jaminan iaitu Jaminan 100% Shaklee.
Shaklee mempunyai sejarah pengawasan alam sekitar dan aktivisme yang hebat. Shaklee telah aktif dalam bidang isu pemanasan global semenjak 1986 apabila syarikat itu membiayai satu projek penyelidikan terhadap Artik dengan penjelajah Will Steger untuk mengukur kesan pemanasan global pada puncak ais serta ekspidisi penyelidikan pada 1989 dan 1996 untuk mengukur pecutan meleburkan puncak ais. Komitmen kukuhnya yang berterusan bagi isu pemanasan global, maka dalam tahun 1989 Shaklee membantu Yayasan Sir Edmund Hillary’s American Himalayan menanam sebanyak satu juta pokok di Nepal. Pada tahun 2000 pula Shaklee telah mengambil langkah-langkah bagi mengimbangi pengeluaran CO², dengan objektif mempunyai impak bersih sifar pada pemanasan global. Hasilnya Shaklee menjadi syarikat pertama di Amerika Syarikat yang diiktiraf Climate Neutral™ dengan melabur dalam projek pengurangan bahan api fosil dalam merancang pengurangan jumlah CO² yang dihasilkan oleh syarikat. Pada tahun 2002 Shaklee menerima U.S. EPA’s International Climate Protection Award serta Environmental Stewardship International Award daripada Social Accountability International dalam menerajui isu pemanasan global.


Isu alam sekitar amat dititikberatkan terutama dalam pengeluaran produk keperluan rumah syarikat. Pada tahun 1960 Shaklee membangun dan memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, satu daripada produk keperluan kebersihan rumah yang pertama. Pada tahun 2004, sebagai tanda Hari Bumi 2005, Shaklee menderma dari hasil jualan Basic-H kepada Green Belt Movement, iaitu sebuah akar umbi organisasi bukan kerajaan yang diasaskan pada 1977 oleh Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize Laureate 2004, yang telah bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan pembangunan masyarakat di Kenya selama lebih 25 tahun.
Sebagai penghormatan untuk ulangtahun Shaklee yang ke-50, pada Hari Bumi 2006 Shaklee telah melancarkan kempen persekitaran sejagatnya bagi menangani isu pemanasan global - Satu Juta Pokok. Satu juta Impian™. Kecemerlangan dalam Nobel Peace Laureate Prof Wangari Maathai dan Green Belt Movement, Pengedar Shaklee merentasi Amerika Utara telah mengadakan upacara menanam pokok terancang dalam komuniti-komuniti tempatan mereka dengan menanam satu juta pokok bagi membantu menimbulkan kesedaran pemanasan global dan mengimbangi pengeluaran CO². Sebagai sebahagian daripada kempen, Shaklee menderma $100,000 untuk Pergerakan Kawasan Hijau untuk menanam satu juta pokok di Kenya.