Muhammad Darwisy dan Muhammad Danish Harraz anak soleh yang dirahmati ALLAH.
Hari
ini ingin saya kongsikan sedikit tentang eczema. Untuk pengetahuan kawan-kawan
kedua-dua anak saya menghidapi eczema. Bezanya eczema anak pertama saya sembuh
pada usia 6 bulan, manakalh eczema adiknya masih belum diizinkan ALLAH untuk
sembuh sepenuhnya sehingga kini iaitu diusia 1 tahun 4 bulan tetapi ianya
adalah terkawal dan tidaklah teruk.
Sebenarnya
saya telah lama mengetahui tentang produk Moogoo untuk rawatan eczema tapi
belum diizinkan ALLAH untuk memcubanya sehinggalah disaat usia Danish mencecah
1tahun hati saya terdekit untuk mencubanya dengan izin ALLAH.
Untuk
pengetahuan semua, produk moogoo adalah satu produk semulajadi yang bebas
daripada bahan kimia. Ianya selamat walaupun menggunaan yang kerap. Ini lah
sebab utama saya memilih Moogoo kerana saya memang tidak mengguna krim-krim
yang dibekalkan oleh doctor yang mengandungi steroid.akhirnya saya telah
membeli starter pack Moogoo ini di
farmasi caring dengan harga RM187 sekotak. Agak mahal tapi yang penting produknya
chemical-free.
1) Moogoo Milk Wash - Mandian.
2) Irritable Skin Balm (ISB) - guna bila bahagian leher dan pelipat lengan yang merah-merah dan bahagian yang gatal. ISB ni sesuai untuk kulit kering, merah dan gatal.
3) MSM Soothing Cream (MSM) - Lepas sapu ISB dan biarkan ia meresap sekejap, saya sapu MSM pulak, MSM ni alcohol-free dan fragrance-free. Tujuannya untuk melembapkan kulit dan mempercepatkan penyembuhan (healing).
4) Udder Cream - Yang ini FOC dalam starter pack tu. Ini untuk skin repair dan kelembapan tambahan.
Alhamdulliah, dengan izin ALLAH eczema Danish makin sembuh walaupun tidak sepenuhnya tetapi telah banyak perubahannya. Pipinya kembali putih bersih. Selain Moogoo bagi luaran saya juga amalkan minyak kelapa dara di samping Madu lebah dan minyak habbatulsauda untuk kesihatan dalam Danish. Moga ALLAH perkenankan doa saya dan Danish akan sembuh sepenuhnya. InsyaALLAH.