Sabtu, 18 Januari 2014

Kaedah merangsang kreativiti anak

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh ibubapa untuk merangsang kreativiti anak-anak. Bagi ibu bekerja seperti saya masa berkualiti bersama anak-anak amatlah berharga.

Saya banyak luangkan masa dengan anak-anak  dengan bermain bersama-sama mereka. Ini merupakan kaedah saya untuk merangsang kreativi anak-anak kerana sifat semula jadi kanak-kanak adalah suka bermain.

Antara permainan untuk meningkatkan daya kreativi anak-anak saya adalah permainan LEGO , kotak-kotak kosong dan juga warna krayon. Permainan LEGO dan kotak kosong anak digemari oleh Darwisy dan Danish kerana mereka bebas untuk mereka apa jua yang mereka inginkan.

Pemilihan permaianan amatlah penting kerana perbezaan umur antara Darwisy dan Danish. Danish lebih suka mengkaji sesuatu permaianan dengan cara memasukan alat permainan kedalam mulut. Oleh itu saya perlu memilih permaianan yang bersesuaian dengan semua peringkat umur.

Kelebihan Susu Ibu

Dah lama rasanya saya tidak ‘update’ blog ini. Malam ini saya ingin kongsikan sedikit kebaikan susu ajaib…iaitu susu ibu. Description: C:\Users\Asus\Pictures\senyum.gif.      

Sekali lagi ingin saya tekankan bahawa susu ibu merupakan makanan yang paling berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Kolostrum (susu permulaan yang berwarna kekuningan) yang terkandung dalam susu ibu mengandungi tahap protin yang tinggi. Antara kebaikan susu ibu adalah :-

·         Susu ibu adalh sesuai untuk bayi secara semula jadi

·         Susu ibu tersedia dalam keadaan steril @ terpelihara dan bebas daripada kuman atau hama

·         Kandungan nutrisi dalam susu ibu adalah seimbang ( tak perlu risau kandungan DHA ye)

·         Susu ibu amatlah mudah untuk dihadam berbanding susu haiwan yang pekat dan sukar dihadam, terutamanya untuk kegunaan bayi

·         Susu ibu lebih banyak mengandungi lactase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Lactase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa dan galaktosa.

·         Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada system usus bayi dan ini mengurangkan risiko cirit-birit.

·         Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding dengan susu lembu.

·         Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang antara ibu dan anak.

·         Hisapan mulut bayimembawa pelepasan hormone dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi @ pengecutan semula rahim ibu dan ini dapat menjarakkan kehamilan.

Hakikatnya kandungan susu ibu akan berubah-ubah dari masa ke semasa. Ia dijadikan ALLAH SWT sebegitu rupa untuk menyesuaikan khasiat yang terkandung di dalamnya dengan perkembangan usia bayi yang meningkat.

Mengapa saya memilih Shaklee


Mengapa saya memilih Shaklee

Saya mula kenali Shaklee pada zaman persekolahan, tetapi tidak pernah mencuba apa-apa produk Shaklee. Semasa mengandung anak ke dua, saya mula mencari set berpantang dalam bentuk supplement dan makanan sunnah untuk saya cuba kerana saya cukup fobia dengan pengalaman berpantang anak pertama dengan menggunakan Jamu. Nanti saya akan ceritakan pengalaman berpantang menggunakan Jamu dan Supplement dengan lebih mendalam.
Hasil pencarian saya dengan Mr.google, saya ketemui set berpantang Shaklee yang berjaya memikat hati saya kerana produk Shaklee adalah HALAL dan jaminan produk Shaklee iaitu sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Jom kita baca dengan lebih lanjut tentang jaminan produk Shaklee.

·         Sentiasa Selamat

Keselamatan adalah amat penting di Shaklee dan standard kami tiada bandingannya. Shaklee menjalankan sebanyak lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk pencemaran berbehaya, dan menjalankan lebih daripada 80,000 ujuian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan sebenar dan kebolehan potensi.

·         Sentiasa Berkesan

Shaklee bertanggungjawab dalam menberikan produk yang berkesan. Ia terbukti berksan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.

·         Sentiasa Mesra Alam

Selama lebih daripada 50 tahun Shaklee telah menjadi peneraju dalam pererakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di duniayang diiktiraf sebagai Climate NeutralTM bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau. Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, runah anda dan juga bumi anda.

Sabtu, 11 Januari 2014

Pengalaman di Perpustakaan Negara


Sepetang di Perpustakaan Negara

Hari minggu adalah hari yang amat dinantikan oleh saya sekeluarga. Setiap hari Darwisy pasti akan bertanyakan pada saya dan abahnya, adakah esok ibu dan abah bekerja. Sayu hati bila soalan itu keluar dari mulut kecil itu. Tapi itulah hakikat yang harus saya hadapi sekarang.

Pada hari minggu sebegini, Darwisylah yang mengatur jadual ke mana arah tujuan kami sekeluarga. Haha..sudah pasti tempat-tempat “istimewa” baginya yang akan diutarakan pada saya. Seperti kanak-kanak lagi tempat yang paling suka dikunjungi adalah tempat yang terdapat banyak pilihan mainan untuknya.

Seperti biasa, apa saja permainan yang dilihat pasti dia ingin membelinya. Semasa kami berkunjung di Ekspo Barangan Bayi ada satu permainan LEGO yang menarik perhatian Darwisy tetapi permintaanya tidak dipenuhi oleh Abahnya. Anak bertuah itu menerima keputusan abahnya dengan wajah masam mencuka..hahaha..memang itulah perangai anak sulung saya itu. Dia tidak akan membantah apa yang dikatakan oleh abahnya dan tak pernah putus asa untuk menujuk abahnya untuk penuhi apa jua yang diinginkan.

Oleh kerana tidak mendapat LEGO tersebut, Darwisy mula mengajak abahnya pergi ke perpustakaan pula dan kali ini Darwisy berjaya. Ini merupakan kunjungan pertama buat saya dan suami ke Perpustakaan Negara walaupun setiap hari kami akan lalu di depan pustakaan ini untuk ke pejabat.

Darwisy dan Danish kelihatan begitu teruja apabila melangkah masuk ke dalam pustakaan kanak-kanak. Mereka seolah-oleh berada di tempat permainan. Berkejaran mencari buku sambil bermain dan membuat bising, tapi nasib baiklah pustakaan ini memang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Kunjungan kami ke perpustakaan ini membuatkan Darwisy begitu teruja untuk terus belajar dan menyedarkan saya bahawa ini adalah satu cara pembelajaran yang baik untuk anak-anak saya.

Apakah yang dikatakan Ekzema


Apa itu ekzema?

Hari  ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat mengenai eczema atau lebih mudah dikenali sebagai kurap susu.

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.


Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.


Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.


Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.


Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.


Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.


Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.


Bolehkah saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:

  • Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.
 





 

Kelebihan Vitamin C Shaklee


Vitamin C Shaklee

 


Salah satu vitamin yang wajib saya amalkan setiap hari ialah Vitamin C Shaklee yang bersifat Sustained-Released (atau Time-Released), atau dalam Bahasa Melayu bersifat "pelepasan masa". Apakah yang dimaksudkan dengan Sustained-Released (500 gram Vitamin C) ini? Bagi pengamal suplemen Shaklee, anda wajib mengambil tahu maklumat ini.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee
(1) Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

 (2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.
Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.
Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.

Siapakah yang memerlukan vitamin c?
  • Perokok
  • orang yang mudah mengalami tekanan
  • wanita yang mengambil pil perancang keluarga
  • mereka yang mengalami masalah kulit dan orang yang inginkan kulit yang cantik
  • orang yang mempunyai masalah system pertahanan badan yang lemah


 

Penapis air pintar


GET CLEAN WATER PITCHER
 
 

Dewasa ini semua rumah memerlukan satu penapis air untuk memastikan air yang digunakan bebas daripada unsur-unsur bahaya. Shaklee juga mempunyai penapis air iaitu Get Clean® Water yang merupakan sistem penurasan air multipaten baru untuk menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.


AIR yang lebih bersih dan sihat ataupun BUMI yang lebih bersih dah sihat? Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!


Beza Get Clean® Water berbanding jenama terkemuka

• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin

• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Get Clean® Water merupakan pilihan yang bijak kerana:-

• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak


Mengapa kita hurus memilih Get Clean® Water?

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan METER BIJAK yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Pengalaman Menyusukan Anak

Susu Ibu : Anugerah Paling Berharga    

Alhamdulillah. Syukur kehadap ALLAH  yang masih memberikan kekuatan dan keizinan pada saya untuk terus menyusukan Muhammad Danish Harraz. Hari ini genaplah usia Danish 1 tahun 3 bulan. Ini bermakna selama itu jugalah saya diberikan rezeki untuk menyusukan Danish.

Sesungguhnya ini adalah rezeki yang paling berharga tidak ternilai dengan wang ringgit. Moga saya dapat memyusukan Danish sehingga berusia 2 tahun. Sejak saya mengandungkan Danish, saya berdoa agak saya diberi kekuatan untuk menyusukan Danish. Saya tidak mahu kesilapan yang telah saya lakukan pada Darwisy berulang lagi.

Bila melihat wajah Darwisy, hati saya masih terasa bersalah kerana saya gagal untuk menyusukan Darwisy sehingga 2 tahun.  Darwisy hanya sempat menyusu selama 7 bulan. Kerana kejahilan saya semua ini berlaku. Saya gagal melaksanakan apa yang disyariatkan  oleh ALLAH.

Kerana rasa bersalah ini jugalah, saya kuatkan azam untuk terus menyusukan Danish. Yakinlah, ALLAH akan membantu kita apabila kita berniat baik. Jujur saya katakana, selama menyusukan Danish banyak masalah yang saya hadapi. Di saat saya hampir putus asa apabila hasil susu perahan di pejabat tidak mencukupi dan stok susu beku tiada, ALLAH membuatkan Danish kurang menyusu di rumah pengasuh.

Ini membuatkan saya berjaya untuk stabilkan stok susu beku Danish dan dengan kuasa ALLAH Danish kembali menyusu seperti biasa. Disaat hati resah, risaukan Danish tidak kenyang dengan hanya menyusu badan, saya cuba memberikan susu formula untuk Danish.

Dengan izin ALLAH, Danish anak soleh itu menolak susu tersebut tanpa meminumnya. Sungguh hebat kuasa ALLAH. ALLAH menyedarkan saya melalui Danish. Seharusnya saya tidak perlu risau kerana susu yang diminum oleh Danish adalah susu yang paling berharga. Tidak ternilai dengan wang ringgit, tidak dapat dijual beli.

Rezeki susu yang ALLAH berikan kepada saya sesuai dengan keperluan Danish. Kepada para ibu, yakinlah…kita mampu untuk menyusukan anak yang dianugerahkan kepada kita sekiranya kita mahukan. Semua pilihan ada pada kita dan saya cukup yakin semua ibu didunia ini mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Susuilah anak-anak kita bukan kerana susu ibu adalah susu yang paling berkhasiat tapi kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai seorang ibu dan yang paling penting ini adalah syariat ALLAH.

 

Kebaikan ESP Shaklee

Kebaikan ESP Shaklee: Non-GMO Soya Terbaik

Jom kita kenali apa itu ESP Shaklee. ESP merupaka supplement berasaskan non-GMO (non Genetically Modified Organism) soya terbaik dalam pasaran supplement. Ianya mempunyai pelbagai fungsi iaitu :-

·         ESP Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.

·         Protein kacang soya adalah 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

·         Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang.

·         ESP adalah rendah lemak, tiada kolesterol. tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

·         Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.
Faedah dan Kebaikan ESP Shaklee yang utama adalah :-

·         Kekal Muda
Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

·         Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi
Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung

·         Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

·         Kulit berseri dan anjal
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

·         Pemberi tenaga segera
Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

·         Memulihkan Pigmentasi
Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

·         Memperbaiki Memori
Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

 Antara manfaat ESP untuk golongan ibu adalah:-

·         ‘Milk booster’ bagi ibu yang menyusukan anak

·         ‘ENnergy booster’ bagi ibu hamil, menyusukan anak serta mereka yang ingin menurunkan berat badan

·         Menganjalkan badan menggeleber ibu lepas bersalin

·         Mengembalikan kepejalan otot; membentuk bentuk badan yang cantik

·         Membantu ibu yang ingin re-laktasi

·         Memperbaiki kesan ‘stretch mark’ & luka cesear selepas bersalin

·         Menjadikan kulit anjal, gebu & licin

·         Mengekalkan rasa kenyang berpanjangan bagi yg ingin menurunkan berat badan

·         Memelihara kestabilan hormon wanita

·         Menegang & menganjalkan payudara

·         Mengekalkan awet muda